Friday 4 November 2011

terkilan, tersentap, terasa dan ape2 "ter" yg sewaktu dengannya lah

bismillahirrahmanirrahim...



tak tahu la nak mula dari mana. eh mestilah mula dari awal. tu pon tak tahu ke. huhuhu. ok2 serius. iye saya sangat rasa terkilan, kecewa dan sedih dengan sikap seorang kawan yang rapat ngan saya. eh apsal guna ganti diri saya nih. skema la plak. ok kite start dari awal semula ye.



dalam suka mesti ada duka kan. so dalam pada duk bersukaria gi bercuti sebelum ni memang ada kisah duka yang menghiris kalbu dan menusuk sanubari. ini bukan soal kekasih hati ke hape.macam la ade pakwe. huhu. tapi ni berkaitan dengan seseorang yang lebih rapat dan lebih bermakna pada aku. sorang kawan yang aku da anggap macam sedara sendiri. sorang kawan yang aku ingat boleh kongsi suka duka bersama. sorang kawan yang aku harapkan tuk kongsi banyak cerita sama2.




rupa-rupanya yang ku sangkakan intan hanyalah kaca. sungguh aku tak sangka orang yang aku harap dapat bersama aku susah dan senang sebenarnya cuma ada bila aku senang je. iye terima kasih kerana menghancurleburkan kepercayaan yang aku beri selama ni. terima kasih kerana buat cerita bukan2 pasal aku. terima kasih kerana buat orang lain percaya aku yang jadi punca semua ni. terima kasih kawan.





Allah itu Maha Adil. aku tak kan buka mulut jaja cerita pasal orang. biarlah Tuhan je yang tahu. biarlah Dia yang balas semuanya. sangat sakit dikhianati oleh seorang kawan. lebih sakit daripada cinta yang tak berbalas. mungkin ada hikamah di sebalik semua ni. doakan aku kuat hadapi semua nya. amin ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment