Saturday 5 November 2011

cuti-cuti malaysia part 2

Ok lepas sesi meluahkan rasa yang tak berapa nak sedap tuh, marilah kita sambung balik cerita pasal trip ke sabah baru-baru ni. Lama giler duk peram cerita tuh. Kalau makanan rasanya da berkulat berkulapuk berfungal segala bagai la. Dah sampai mana ek cite aritu. Jap kena cek balik. nyanyuk betol la. maafkan saya kerana ingatan sedikit lemah. nyiahaha.




Owh sudah masuk hari ketiga di Sabah ya bha. Tapi malam kedua di situ kitorang pergi tengok wayang kat Suria Sabah. Kan lepas dah dapat kereta sewa tu kononnya nak mengisi masa yang terluang dengan sebaik mungkin. Hahaha memang la anak-anak dara yang suka merayap kan. Sebelum tengok wayang tu sempat lagi kitorang karaoke. Karaoke jamban je. Jimat bajet. Hehehe. Tengok cite Three Muskeeters. Best la jugak. Kalau nak tau sila tengok sendiri. Hahaha.




Ok balik pada cerita asal. Hari ketiga tu hari Rabu kalau tak silap aku. Plan asal nak gerak daripada hotel pukul 6 pagi. Iye betul pukul 6 ye rakan-rakan pembaca sekalian.macam la ada orang baca. hehe syok sendiri. Itu adalah perancangan awal ye. Tapi yang jadinya pukul 8 baru kitorang gerak lepas breakfast. Hahaha. Alkisahnya semua liat nak bangun tido. Azimah dah bangun awal tapi dia kata kesian nak kejutkan sorang-sorang bangun tido. Dengan dia sekali tido plak. Aduhainyepon. Hahahaha tak kisah la kan.



Lepas siap breakfast area Api-api centre tuh kitorang pun gerak la ke Kundasang. Kitorang plan nak pergi Kinabalu Park ngan Air Panas Poring. Perjalanan mengambil masa dalam 2jam lebih kot. Aku dah tak ingat details sebab dah lama sangat peram cerita ni. Maaf ye maaf. Hehehe. Jalan ke Kundasang sangat mencabar la hoi. Berbukit dan berliku-liku. Dah nama pun menuju ke kaki Gunung Kinabalu. Harus la jalan berbukit bukau gunung ganang segala bagai la kan. Tapi pemandangan sepanjang jalan sangat best. Sejuk je mata tengok. Very nice view la untuk pencinta alam. Aku ni tak berapa nak cinta sangat la. Hahaha sedikit mengom di situ.




Ok lah ada baiknya bagi gambar yang bercerita. 

ni on the way ke Kundasang





Kinabalu Mount here we came!! hehe


suda sampai destinasi pertama kami :)
posing jgn xposing :p

sejuk la kat sini so kita peluk yang gebu la. hahaha

tgn pegang eskrem mata tgk kamera. haha


senyum semua =)

jimah nak menari ke?? hahaha


manisnya anak-anak dara ini. hahaha

hohoho

belakang adalah gunung kinabalu tapi terlindung dgn awan plak.

Kitorang ingat kat dalam Botanical Garden dalam Kinabalu Park ni ada bunga raflessia. Rupa nya tak ada. Ada orkid je dalam taman tu. Setakat orkid takpe lah. Kat Semenanjung boleh tengok. Kitorang datang jauh-jauh nak tengok apa yang takde kat sana tapi ada kat sini. So pastu bergerak ke Poring Hot Spring. Eh lupa pulak Bayaran masuk ke Kinabalu Park RM3 seorang. Kalau nak masuk Botanical Garden kena bayar lagi bape ringgit tak ingat. Sebab kena bayar la kitorang tak nak. Hahahaha.




Masa mula-mula sampai kat Poring ni hujan lebat siot. Haishh spoil jugak ah. Masing-masing da mula rasa malas, tak nak kuar dari kete. Kekwa je yang kuar gi kat pondok pertanyaan tanya tiket semua. Pastu bila hujan dah reda sikit kitorang gerak la masuk dalam. Tanya-tanya pekerja kat situ pasal raflessia. Dia cakap ada tapi kat luar kawasan Hot Spring tu. Tak jauh pon tapi kena pergi sendiri la. Dia cakap kalau nak tengok RM20 sorang. Mak aihhh harga memang tahap bukan cekik darah dah tapi cekik segala-galanya la. Sabar jela. Mentang-mentang la kau tahu pelancong nak tengok bunga tu saja je kau demand lebih-lebih kan. Aku mula-mula memang rasa berat hati sangat nak hulur RM20 semata-mata nak tengok bunga sebiji tu. Tapi pikir-pikir balik bila lagi nak tengok live depan mata sendiri, susah dah pasni nak datang sini. Silap-silap tak datang dah. So pergi jela. Masa kitorang gerak ke tempat ada raflessia tu hujan dah berhenti. Haishh rugi je beli baju hujan tadi. Haipp sabo jela. Daripada kawasan letak kereta kat tempat nak tengok raflesia tu kitorang naik van nak masuk ke dalam. Van dia toksah cakap ah. Ya Rabbi keadaannya sangat nazak. Aku ingat van tu dah nak tercabut relai sebiji-sebiji je kompartment die. Tetapi..tetapi siot hahaha tapi bila masuk dalam kan jalan nye sangat-sangat menguji iman. Siap rentas 2 anak sungai. Memang agak hebat la van tersebut. Hahahaha.




Aku ingat kan kawasan yang ada raflessia tu bersih la,terjaga semua. Tapi harapan tinggal impian jela. Bunga tu pulak sebiji je kat situ. Ingat kan besar la kan tapi kecik je pon. Pastu ingat boleh la bergambar sebelah bunga tu kan. Berangan jela. Dia dah siap pagar kawasan ada bunga tu. Huh saya sangat kecewa kerana telah mensia-siakan RM20 semata-mata kerana perkara tersebut.


ni lah bunga nye. nasib baik la kat Semenanjung takde. jauh aku datang cari nak tengok kau tau. =p
Kejap je kitorang kat sini. Tak sampai 15minit pon. Pastu pergi balik ke Poring Hot Spring. Masa mula-mula nak datang tadi memang prepare baju lebih kot-kot kalau nak mandi. Tapi masa tu dah tengahari dan rasanya kalau mandi mesti lama duk situ so tak mandi la. Just pergi celup-celup kaki je. Kawasan Hot Spring ni boleh tahan la canggih. Ada kolam buatan dan ada tempat nak celup-celup kaki je. Dia salurkan air bukit tu terus ke kolam yang dibuat. Err gambar takde sebab masing-masing dah penat malas nak bergambar dah. Dah siap basuh kaki semua kitorang pun gerak balik ke KK.




Owh sebelum terlupa kitorang ada singgah tepi jalan sebelum balik tu. Kat situ ada jual macam-macam kerepek. Ada amplang, kerepek bayam pastu amende tah tak tahu nama. hee. Ada jual fresh flowers dan kaktus juga. Budak-budak tu semua ada la membeli sikit. Pastu on the way balik semua tertido tinggal la kekwa sorang-sorang drive jalan yang berliku-liku tu. Hihihi ampun ya. Aku memang tak leh duk saje lam kete. Kalau aku tak drive, memang aku tido. Hehehe.




Malam tu kitorang gi makan kat Gayang Seafood Restaurant. Aku tak sure betul ke tak nama restoran tu tapi yang pasti nama die Gayang la. Itu yang Effa duk sebut sepanjang masa nak ke situ. Nak cari restoran ni pulak ade kisah nye. Semua tak tahu exactly kat mana lokasi die. Redah jela. Tengok signboard pastu sesat ah apa lagi. Perut dah lapar neh. Aiyoyo. Cari punya cari last-last jumpa juga. Aku nak cakap sikit la. Kat KK ni kedekut signboard. Macam tadi nak ke Kundasang tergagau-gagau gak kitorang nengok signboard. 1 je sepanjang jalan tu. Kalau la terlepas simpang mana-mana tak ke sesat. Cuba la banyak kan signboard. Kan tu tempat tumpuan pelancong. Jangan la expect semua pelancong akan guna khidmat tourist guide. Kami adalah contoh pelancong yang takde guide itu. Semua pon redah je. Hehehehe selamat juga balik.



Ok cerita pasal Gayang pulak. Sampai je kat situ terus ada pelayan tanya nak apa. Ada ketam(hidop lagi hoii, kompem fresh la), ikan-ikan semua. Yang paling excited nak datang Gayang ni Effa la. So bagi dia pilih. Pilih punya pilih ambik la ketam masak sambal, sotong celup tepung dengan ayam goreng lemon. Mari la kita menjamu selera.


tengok ni time lapar memang buat aku rasa nak gila! nak lagi! sangat sedap. puas hati.

Ok itu sahaja lah pengembaraan kami di Sabah. Nanti kita sambung cerita pergi Sarawak lak ye. till then bubye. =)



p/s: selamat hari raya aidiladha. korban nafsu jela tahun ni. nak korban lembu tak mampu lagi. hehs

No comments:

Post a Comment