Wednesday 19 October 2011

cuti-cuti malaysia part 1

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...



lama sungguh tak buka blog ni. maaf la incik blog, tuan punya blog sangat sibuk sibuk la sangat kan dan ada masalah bertimpa-timpa datang. ni pon tengah demam dan MC 2 hari. iye saya masih mencari kekuatan tuk teruskan kehidupan yang sangat mencabar dan penuh onak duri ayat xleh blah betol la hahaha.




entry ni aku nak cite pasal percutian aku ke negeri di bawah bayu dan bumi kenyalang pada minggu lepas. sangat best, menarik dan menggembirakan. kan best kalau boleh bercuti je sepanjang masa. hahaha melampau la tu.



semuanya tak dirancang dengan begitu terperinci sebenarnya. tiket tuk pergi sana dibooking setahun yang lepas. masa tu saja suka-suka booking sebab tiket tengah murah. kalau booking awal tu tahu-tahu sendiri la naik airlines mana kan. malaysia ni ada 3 je pon airlines. hahahaha.



aku ambil 5 flight, dari KB ke KL, KL-KK, KK-Kuching, Kuching-KL, KL-KB. total semua adalah RM 254.00 termasuk luggage 15kg untuk semua flight. bagi aku still affordable sebab 5 flight tu beb.



aku bertolak daripada KB pada 8 oktober 2011, flight departure on 12.20 pm. ini adalah pengalaman pertama aku naik flight. dan seorang diri! haha terasa sedikit bangga dengan diri sendiri. gedik kot. sampai di LCCT terpaksa tunggu kawan aku datang ambil sebab aku tak tahu jalan nak ke rumah die. huahua nasib baik la beliau sanggup bersusah-payah demi aku. hahaha.



flight ke KK adalah pada 9 oktober jam 9.30 pagi. kami pergi berempat. penginapan yang kami pilih di sana adalah Promenade Hotel Apartments. booking online so dapat offer price. kami duk sini 4hari 3 malam. bayar  hanya RM84 seorang. kami booking bilik family suite. 2katil queen. hotel ini sangat best, luas dan sangat selesa juga dekat dengan bandar KK.


ni la nama hotel kami tumpang tido
ni bilik kitorang.. yang kemas tu katil aku.. x usik pon lagi. haha
Sampai di KKIA terminal 2, ada kawan kekwa datang amik bawak kitorang pegi hotel. maaf ya terpaksa menyusahkan anda sedikit kerana barang-barang kami yang agak banyak terpaksa dimuatkan di dalam kereta anda untuk diangkut bersama. jutaan terima kasih di atas kesudian anda membantu kami. hahaha.


Lepas cek in, kekwa keluar ngan kawan dia itu. Aku, atifah dan juga azimah berehat-rehat sebentar di bilik menghilangkan lenguh-lenguh di badan macam orang tua je lenguh-lenguh bagai.hahaha Da puas berehat kitorang pun merayau-rayau la untuk mengisi perut yang meronta-ronta minta diberi perhatian. hahaha. tak ingat la apa nama restoran tu. tapi dekat je ngan hotel kitorang. lepas makan kami bertiga bergerak ke arah Pasar Filipina.

ni on the way ke pasar filipina.jalan kaki je. aku yang baju pink bersama azimah.
ni lar orang kuat percutian kami. atifah. tanpa kau memang tak jadi punye ah. hehe



azimah n me :)









































Kat pasar kraftangan ni sempat la aku rembat kerongsang beberapa bijik dan keychain segenggam. Bajet-bajet ingat nak datang sini lagi esok lusa so tak beli banyak la. Tapi last-last tak sempat nak datang sini balik sebab jadual kitorang pack sangat, merayap dan bersiar-siar ke merata tempat. Sorry la pada sape-sape yang pesan mutiara semua tuh memang aku tak sempat nak beli.



Da puas tilik barang-barang, kitorang pun membawa diri ke sebelah pasar ni. Ada jual macam-macam seafood. Gila babas sangat fresh dan sedap!

ni la contoh makanan yang dijual di situ. ikan bakar die mmg marvellous la.

Tapi first day ni kitorang tapau je bawak balik makan kat hotel. Malam tu tido awal sebab xbiasa lagi dengan suasana kat KK. Waktu solat die awal sejam dari semenanjung. Pukul 6 ptg da masuk maghrib ok. Memang mula-mula susah nak adapt tapi second day da ok dah.



2nd day kat KK kitorang pergi pulau. Mula-mula ambil teksi pergi Jesselton Point. Caj teksi adalah RM12 dan memang ngam-ngam kami naik berempat. Sampai di Jesselton Point, pilih la nak pergi pulau mana. Kalau tak silap aku ada lam 5-6 pulau kot sekitar kawasan tu. Tapi kami dinasihatkan untuk pergi 2pulau sahaja sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Pagi tu hujan woo tapi masa kitorang sampai di jeti dah tak hujan cuma keadaan laut sedikit bergelora.


ni kat jesselton point. cantik sangat tempat ni


aku, atifah, kekwa and azimah
kami bersedia utk mandi-manda di pulau. hehe

Kami pilih untuk ke Pulau Manukan dan Sapi sahaja. Perjalanan ke pulau tersebut sangat mencabar, rasa macam naik roller coaster je. Speedy boat melawan arus dan terumbang-ambing la rasanye. Luckily takde yang mabuk laut. hehehe



ni jeti pulau manukan. cuaca masih lagi cerah

ni pon di pulau manukan. sila tengok langit sudah berubah warna :(

ni cekgu snorkeling sy. die bwk snorkel tgh2 laut cket. tq bha :)


langit sangat gelap :(

masa ni hujan dan angin sgt kuat :(

masa ni da lepas hujan. ok la cket

yg ada lam air tuh adlh kekwa n azimah bsama ckgu snorkeling msg2. aku da naik masa ni sbb da byk tertelan air laut. haha

ni dah siap snorkeling kat manukan nak menuju ke sapi pulak

ikan nemo :)


dlm bot menuju ke pulau sapi utk mandi puas2. hahaha


pemandangan di pulau sapi

nemo lagi. ikan ni berenang tepi pantai tau. tak takut dengan orang pon


masa kat pulau sapi kitorang mandi tepi-tepi pantai je. tak berani nak gi ke tengah sebab tak de guide. nmpk sgt la penakutnye.hahaha. masa kat sapi ni ada insiden tak diingini. kekwa punya sepit rambut patah, tinggal 2 gigi je. yang effa lak patah terus. pastu tak pasal-pasal diorang bagi nama pulau sepit. hahaha


kitorang bertolak balik ke Jesselton Point pada pukul 3 petang. dari jesselton point ambil teksi balik ke hotel. sampai hotel terus mandi-mandi dan basuh baju. pastu tetibe effa tanya nak tak sewa kereta daripada petang ni sampai pagi rabu. aku tak ingat berapa sewa kereta tu tapi bila dibahagi 4 rasa macam ok la. so terus siap-siap gi ambil kereta sewa. dapat viva. nama glamernye cik bibah. kekwa la yg bg nama cik bibah tuh.


dapat je kete terus kitorang g pasar filipina. makan la apa lagi. kuat melantak kan. memang sangat kuat makan masa duk KK nih. hehehe

ni la dinner kami tuk hari tesebut :)

hari ketiga di sabah to be continue. panjang sangat. banyak tempat kitorang pergi. see you when i see you. tatata


No comments:

Post a Comment