Wednesday 31 August 2011

sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu...

Setelah sekian lama aku tak update entry, hari ni terasa rajin pulak ketuk-ketuk keyboard ni. Bunyi macam rancangan masakan pulak, Ketuk-ketuk Ramadan. hahaha. Ok sebenarnya ini adalah entry meluahkan emosi. Sila berhenti baca jika post ini terlebih emo. hakhak.



Entry ini sebenarnya berkisar soal hati dan perasaan. Ini mungkin kali terakhir aku meluahkan apa yang terbuku di sudut hati.



Aku dah bagi peluang kedua kepadanya tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Aku terima semuanya dengan redha dan alhamdulillah sudah tidak sekecewa dulu sebab aku dah buat yang terbaik kali ni. Tiada apa yang perlu dikesalkan lagi.



Life must go on anyway. Aku percaya ada hikmah di sebalik kejadian ni. Ada baiknya apa yang terjadi. Allah lebih mengetahui dan mungkin Dia sudah menulis jalan cerita yang lebih indah untuk aku selepas ini, mudah-mudahan.



Kepada si dia, tiada dendam mahupun amarah yang tersimpan di sudut hati. Cuma saya perlukan masa untuk memulihkan kepercayaan kepada insan bernama lelaki. Awak tetap kawan paling baik pernah saya ada dan saya tak kan mungkin dapat lupa apa yang pernah dan telah kita lalui dan hadapi sama-sama. Dia telah tentukan siapa jodoh kita. Andai ada jodoh antara kita, mungkin kita akan dipertemukan lagi dalam keadaan dan situasi yang berlainan di mana kita telah sama-sama bersedia memikul tanggungjawab tersebut. InsyaAllah.







p/s: Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu. Tabahkan dan kuatkan hati hambaMu ini melawan godaan syaitan dan hawa nafsu. Aminnn...

Saturday 6 August 2011

serba tak kena

macam mana kita nak tahu keputusan yang kita buat sebenarnya betul ke tidak???


aku tak tahu samada betul ke tidak apa yang dah aku buat ni. aku tahu tak sepatutnya ada rasa kesal hadir dalam diri setelah kita buat sesuatu keputusan. tapi aku tak mampu menidakkan rasa tersebut apatah lagi bila terasa keputusan itu sebenarnya mengheret aku ke keadaan yang sama seperti dulu. sepatutnya aku belajar daripada kesilapan semalam.


peluang kedua tidak seharusnya diberikan kepada orang yang tidak tahu menghargai. sepatutnya aku tak terlalu mudah mempercayai kata-kata yang dizahirkan oleh insan yang sebelum ni banyak melukakan hati aku. bila dah sedar, baru lah terasa menyesal.


sangat penat untuk memahami orang yang mementingkan diri sendiri. mungkin ada baiknya aku berundur daripada semua ni sebelum terlajak lebih jauh lagi.


Ya Allah... berilah aku petunjuk untuk meleraikan segala kekusutan ini... pimpin aku ke jalan lurusMu... jangan Kau lalaikan aku dan biarkan aku terbabas dari landasanMu... kuatkan hatiku ya Allah untuk menempuhi segala dugaan ini... hanya padaMu aku memohon dan berserah... amin ya rabbal alamin...

Tuesday 2 August 2011

bercampur aduk berkecamuk

lately byk benda yg dah jadi. ada suka ada duka. permulaan ramadan alhamdulillah di rumah bersama keluarga tercinta. bila dah di rumah tu paham-paham la sendiri. juadah berbuka sangat nikmat la sebab dapat bersama-sama dengan family.

2nd day puasa iaitu hari ni baru masuk kerja. masuk kerja je da macam2 menanti. mula-mula kena punch card. dah la tak ingat bulan ni start punch card dekat lab. alkisahnya semalam kan aku cuti. time sume org duk kalut nak start punch card mana la aku berada di tempat kejadian. dah la pagi tadi baru bertolak balik ke KB. tu pon sampai 8.30. mmg dah sah2 lambat. sebelum ni guna sistem lama lagi. tulis kedatangan lam buku. bunyi cam ketinggalan zaman kan. hahaha tapi aku suke. bukan sebab aku selalu datang lambat ye. aku selalu sampai awal xpon on time, tepat-tepat 8.10. bila aku baru balik dari terengganu je aku sampai kat lab lambat. 2pon jarang2 je tau. 2bulan adela sekali. cite pasal punch card tu kan, bendalah tu bukan betol sangat pon. mula-mula aku punch tadi die tulis keluar. ceit perli ke hape. tau la lambat. kali ketiga aku scan card baru la sistem tu ok. tah hape-hape la. mungkin sebab baru lagi kot.

pastu tadi sebenarnya ada presentation pasal quality control yang lab kitorang buat, beli dari RCPA. QC ni dah nama pon QC xkan kena explain lagi haha... ok QC ni 8 kali lam setahun pihak RCPA hantar. tapi kitorang beli sebenarnya. biasa la sume ni sebab nak dapat pengiktirafan ISO, nak tunjuk yang lab kitorang adalah lab yang mengeluarkan result yang boleh dipercayai. so pasal QC ni, banyak sampel jugak yang kitorang kena buat. aku amik 1. sampel urine. konon-konon ingat senang la. sekali hamek kau, susah gile babas siot. and last sekali result yang aku keluarkan adalah salah. iya salah ye. so lepas da dapat balik sume result daripada pihak RCPA, lab kitorang akan buat presentation. sume staf yang buat QC tuh kena present ape yang die buat. sume ni sbnrnya proses pembelajaran jugak pada kitorang. yg mana salah kita cari jalan macam mana nak bagi betul. bagus jugak sebenarnya. nak-nak pada budak baru macam aku.


time aku present tadi secara jujur dan ikhlasnya awal-awal lagi aku cakap result aku salah. huahuahua. nasib baik la big bos xbanyak tanya. sebab kesilapan tu bukan terletak pada aku sorang. aku da tanya senior-senior sebelum keluarkan result tu dan dah tanya sendiri doktor yang in-charge. final result yang nak dikeluarkan adalah keputusan doktor. jadi nya lepas ni kena lebih banyak belajar tentang mikrob-mikrob tu sume. banyak lagi yang aku xtau. well we learn from mistakes right.


pastu ade satu cerita sedih. nak kate sedih sgt xdela sedih sgt pon cume rasa tertekan jugak la bile dapat tau. emmm xde mood lagi nak cite benda tu. nanti-nanti la.



itu ajela dulu setakat ni. esok keje nak kena bangun awal. gudnite 2 myself. sweet dream.

p/s: i miss u nmz... walau sibuk mcmn pon sy, awk ttp dlm ingatan dan doa sy.