Thursday 15 September 2011

minggu yang padat dengan tekanan akhirnya berlalu...fuuuhhhhhh

alhamdulillah hari ini hari khamis.~pe ketan lak khamis??? haha. esok adalah weekend tuk aku. itu je pon. haha.



minggu ini sangatlah sibuk dan sangat tidak terurus. kelam-kabut dan sangat serabut. semuanya gara-gara audit ISO untuk lab. habis semua orang dikerah untuk melakukan persediaan terakhir sebaik mungkin. memang kalau diikutkan aku sendiri rasa macam banyak lagi benda yang tak sedia untuk diaudit lagi. tapi takpe la kita cuba buat setakat yang termampu ni dulu.


pihak auditor tersebut datang melawat lab pada hari rabu dan hari khamis. hari rabu dia dah masuk lab dan ada tanya sikit-sikit tapi aku tak kena. dan pada petang rabu tersebut si auditor itu memberitahu penyelaras makmal aku bahawa dia ingin observe staf baru buat kerja. k fine staf paling baru kat situ adalah aku!!!! owh bertuahnya. hampagas betol. cuak seh.


maka dengan itu pagi tadi si auditor tersebut telah menunaikan apa yang dikata itu. dan maka dengan itu secara tiba-tiba nya aku menghidap penyakit parkinson buat sementara waktu. hahaha terketar-ketar tangan pegang pipet. menggigil dowh. tak pernah lagi aku vibrate sebegitu. nyiahahaha. dah la tanya mcam-macam. macam blank je otak aku bila dia bertubi-tubi tanya. haah memang aku blurr pon. lama gila kot dia melekat sebelah aku. lebih setengah jam woi,mungkin sejam kot!!! mana aku tak menggeletar gila babas.




lepas je selesai semuanya, baru lah penyelaras aku datang bagi komen. ye aku tau aku salah jawab tadi. nak marah pon marah la. semua dah lepas dah. dan petang tadi ada seseorang bagitahu aku yang agak banyak kesilapan di makmal aku. tak tahu la betul ke tidak. kena la tunggu minggu depan untuk tahu kesahihan berita tersebut.



so buat masa sekarang ni kita enjoy la dulu. hahahahahahaha. nak rehat puas-puas weekend ni. ya Allah berilah aku kesempatan ini untuk merehatkan badan dan minda dalam keadaan yang diredhai olehMu. aminnn.


layan la gambar-gambar ni. adik aku cakap pipi aku makin tembam. tapi hakikatnya berat badan aku menyusut la. tembam tang mana tah. tengok la sendiri. huhu





No comments:

Post a Comment