Wednesday 31 August 2011

sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu...

Setelah sekian lama aku tak update entry, hari ni terasa rajin pulak ketuk-ketuk keyboard ni. Bunyi macam rancangan masakan pulak, Ketuk-ketuk Ramadan. hahaha. Ok sebenarnya ini adalah entry meluahkan emosi. Sila berhenti baca jika post ini terlebih emo. hakhak.



Entry ini sebenarnya berkisar soal hati dan perasaan. Ini mungkin kali terakhir aku meluahkan apa yang terbuku di sudut hati.



Aku dah bagi peluang kedua kepadanya tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Aku terima semuanya dengan redha dan alhamdulillah sudah tidak sekecewa dulu sebab aku dah buat yang terbaik kali ni. Tiada apa yang perlu dikesalkan lagi.



Life must go on anyway. Aku percaya ada hikmah di sebalik kejadian ni. Ada baiknya apa yang terjadi. Allah lebih mengetahui dan mungkin Dia sudah menulis jalan cerita yang lebih indah untuk aku selepas ini, mudah-mudahan.



Kepada si dia, tiada dendam mahupun amarah yang tersimpan di sudut hati. Cuma saya perlukan masa untuk memulihkan kepercayaan kepada insan bernama lelaki. Awak tetap kawan paling baik pernah saya ada dan saya tak kan mungkin dapat lupa apa yang pernah dan telah kita lalui dan hadapi sama-sama. Dia telah tentukan siapa jodoh kita. Andai ada jodoh antara kita, mungkin kita akan dipertemukan lagi dalam keadaan dan situasi yang berlainan di mana kita telah sama-sama bersedia memikul tanggungjawab tersebut. InsyaAllah.







p/s: Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu. Tabahkan dan kuatkan hati hambaMu ini melawan godaan syaitan dan hawa nafsu. Aminnn...

No comments:

Post a Comment