Tuesday 2 August 2011

bercampur aduk berkecamuk

lately byk benda yg dah jadi. ada suka ada duka. permulaan ramadan alhamdulillah di rumah bersama keluarga tercinta. bila dah di rumah tu paham-paham la sendiri. juadah berbuka sangat nikmat la sebab dapat bersama-sama dengan family.

2nd day puasa iaitu hari ni baru masuk kerja. masuk kerja je da macam2 menanti. mula-mula kena punch card. dah la tak ingat bulan ni start punch card dekat lab. alkisahnya semalam kan aku cuti. time sume org duk kalut nak start punch card mana la aku berada di tempat kejadian. dah la pagi tadi baru bertolak balik ke KB. tu pon sampai 8.30. mmg dah sah2 lambat. sebelum ni guna sistem lama lagi. tulis kedatangan lam buku. bunyi cam ketinggalan zaman kan. hahaha tapi aku suke. bukan sebab aku selalu datang lambat ye. aku selalu sampai awal xpon on time, tepat-tepat 8.10. bila aku baru balik dari terengganu je aku sampai kat lab lambat. 2pon jarang2 je tau. 2bulan adela sekali. cite pasal punch card tu kan, bendalah tu bukan betol sangat pon. mula-mula aku punch tadi die tulis keluar. ceit perli ke hape. tau la lambat. kali ketiga aku scan card baru la sistem tu ok. tah hape-hape la. mungkin sebab baru lagi kot.

pastu tadi sebenarnya ada presentation pasal quality control yang lab kitorang buat, beli dari RCPA. QC ni dah nama pon QC xkan kena explain lagi haha... ok QC ni 8 kali lam setahun pihak RCPA hantar. tapi kitorang beli sebenarnya. biasa la sume ni sebab nak dapat pengiktirafan ISO, nak tunjuk yang lab kitorang adalah lab yang mengeluarkan result yang boleh dipercayai. so pasal QC ni, banyak sampel jugak yang kitorang kena buat. aku amik 1. sampel urine. konon-konon ingat senang la. sekali hamek kau, susah gile babas siot. and last sekali result yang aku keluarkan adalah salah. iya salah ye. so lepas da dapat balik sume result daripada pihak RCPA, lab kitorang akan buat presentation. sume staf yang buat QC tuh kena present ape yang die buat. sume ni sbnrnya proses pembelajaran jugak pada kitorang. yg mana salah kita cari jalan macam mana nak bagi betul. bagus jugak sebenarnya. nak-nak pada budak baru macam aku.


time aku present tadi secara jujur dan ikhlasnya awal-awal lagi aku cakap result aku salah. huahuahua. nasib baik la big bos xbanyak tanya. sebab kesilapan tu bukan terletak pada aku sorang. aku da tanya senior-senior sebelum keluarkan result tu dan dah tanya sendiri doktor yang in-charge. final result yang nak dikeluarkan adalah keputusan doktor. jadi nya lepas ni kena lebih banyak belajar tentang mikrob-mikrob tu sume. banyak lagi yang aku xtau. well we learn from mistakes right.


pastu ade satu cerita sedih. nak kate sedih sgt xdela sedih sgt pon cume rasa tertekan jugak la bile dapat tau. emmm xde mood lagi nak cite benda tu. nanti-nanti la.



itu ajela dulu setakat ni. esok keje nak kena bangun awal. gudnite 2 myself. sweet dream.

p/s: i miss u nmz... walau sibuk mcmn pon sy, awk ttp dlm ingatan dan doa sy.

No comments:

Post a Comment