Friday 25 November 2011

cuti-cuti malaysia part 3

Assalamualaikum buat sidang pembaca sekalian amboi sidang-sidang la pulak. merepek je tau. Hai bertemu lagi kita di blog yang tak berapa nak comel ni sebab tuan die malas nak mencomelkan. hehe byk keje la.alasan semata-mata. Ok2 mari kita sambung cerita pasal percutian ke negeri Sarawak pulak.



Tiket flight pada asalnya depart daripada KKIA terminal 2 adalah pada jam 6 pagi. Iya 6 pagi ye. Tapi beberapa minggu sebelum tarikh percutian kitorang bermula, flight tersebut telah ditunda ke jam 8 pagi. Fuhhh lego sero. Agak kegilaan la kalau flight pukul 6. Pukul 4 pagi dah kena siap-siap. Kami semua sangat bernasib baik. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.




So pukul 7 lebih dah ada kat airport get ready nak fly pegi Kuching pulak. Breakfast di KFC je. Pagi-pagi buta dah terpaksa hadap fast food. Aku sebenarnya kureng sikit kalau breakfast ngan fast food. Dah terbiasa jamu nasi pagi-pagi kat Kelantan. Hahaha dulu bukan main pelik bila tengok orang Kelantan makan nasi pagi-pagi. Sekarang ni da jadi habit aku pulak dah. Hehehe.



Pastu naik flight dalam 1jam setengah sampai la di Kuching. Sampai kat airport Kuching, dah janji dengan orang kereta sewa. Kena tunggu En. Fairus tersebut datang sebelum kitorang boleh bergerak ke hotel. Lama gak la tunggu Encik Fifi Fairus Fuyyo nih. Hahaha nama tu kekwa ngan effa yang bagi. Terpengaruh ngan Edisi Khas yang kat TV3 tuh. Macam-macam la diorang. Owh di Kuching ini pun kami tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong walaupun semua tidak pernah menjejakkan kaki lagi di bumi kenyalang ni. Redah jela beb. Tawakal sudah. Hehehe.




Ok lepas dapat kereta, sumbat la barang-barang dalam tu. Kancil je kau. Barang-barang manyak woo. Cemana la time balik nanti kan. Huhuhu tengok la cane nanti.


semua ni sumbat lam kancil tau. de lagi sorang yang amik gambar. bayangkan la sendiri keadaan dlm kete tu. hahahaha



Disebabkan takde sorang pon antara kami yang pernah sampai di Kuching ni makanya GPS sangat la diperlukan. Sebelum bertolak ke Kuching ni Effa dah google siap-siap direction daripada airport ke hotel. So just ikut jela direction tu. Dan kitorang sangat bertuah sebab GPS Effa dah boleh digunakan di sini. Bagus-bagus macam tau-tau je sume tak tahu jalan kat sini. Tak de la lama sangat nak ke hotel. Kitorang duk Homestay Hotel. Ada yang tanya ni homestay ke hotel. Oh ia adalah hotel ye. Bangunan tingkat-tingkat yang banyak bilik 1 floor tuh. pandai tak aku bagi explanation? nyiahaha Sampai je di hotel, pe lagi tido la kejap. Ngantuk la wei bangun awal kat Sabah.





Bila perut masing-masing dah bagi signal, macam-macam bunyi pastu kitorang pon keluar la. Mula-mula nak pergi klinik dan cari kedai makan la. Pergi klinik tu sebab kekwa cirit-birit dan Effa pulak de bintik-bintik merah kat badan ngan tangan dia lepas kitorang gi mandi-mandi kat pulau aritu. Sampai bandar Kuching pukul 1 lebih. Semua klinik tutup, rehat tengahari. Adulahai. Pastu pusing-pusing cari kedai makan. Susah kot nak jumpa kedai makan halal. Semua nampak Cina je. Waswas la nak masuk. Jalan punya jalan last-last nampak la kedai makan kat Jalan Satok. Lupa la nama restoran tu. Makanan dia sedap gak. Sebelah kedai ni kedai Raja Ayam Penyet. Glemer kot ayam penyet tu. Dah siap makan, baru la pergi klinik balik. Klinik yang dekat ngan area kedai makan tadi je. Setel semua tu baru la balik hotel. Oh ya kitorang singgah di The Spring kejap, cari jajan dan jalan-jalan cuci mata. Pastu baru balik hotel. Aku nampak je katil terus la tido. Hahaha pantang betul. Even katil dia keras, bilik tak seluas kat Sabah tapi peduli apa aku. Tido sangat best. Hehehe.



sila abaikan keadaan bilik yang agak bersepah itu. huahua




Malam 1st kat Kuching ni kitorang pergi makan di restoran Raja Ayam Penyet. Kat situ jumpa Zalwani a.k.a nino. Dia ni classmate kitorang jugak masa kat UDM dulu. Sekarang further study di Unimas. Jauh kan. Lepas makan-makan sembang-sembang seround dua, Nino dan kawan-kawannya bawa kitorang pergi pusing bandar Kuching. Padahal kitorang dah jelajah bandar tu siang tadi lagi. Haha terkejut diorang semua. Nino bawa kitorang pi amik gambar kat patung kucing2. Dah jadi trademark datang Kuching haruslah ambil gambar kat situ kan. Bukti sahih lagi nyata dah jejak kaki di Bumi Kenyalang ni.

=)
Pastu Nino terpaksa la gerak balik ke Unimas sebab ade kelas esoknya. Kitorang pon balik hotel dan tido. Esok banyak tempat lagi nak jalan. To be continue~

No comments:

Post a Comment