Sunday 3 July 2011

bila rasa x tentu arah datang melanda

Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Saat ini hati ini masih lagi berperang dengan pelbagai rasa yang tidak enak. Mana mungkin aku akan kembali tenang seperti dulu dalam masa terdekat ni. 


Bukannya mudah melepaskan sesuatu yang masih ingin dimiliki. Tetapi aku harus redha ini ketentuan yang telah ditetapkan dariNya.


Jujurnya sekeping hati ini masih lagi menyimpan perasaan seperti dulu. Tetapi akal ini waras mengatakan aku tidak boleh membiarkan hati menguasai fikiran dan tingkahlaku.


Mana mungkin aku lupa setiap kenangan yang tercipta antara kami. Tapi hidup baru harus dimulakan. Setiap momen indah itu biarlah tersimpan kemas dalam memori sahaja. Tiada guna dikenang benda yang dah berlalu. Masih panjang lagi jalan hidup yang harus ku tempuh.


Ya Allah... aku mohon dengan rendah hati berikanlah aku ketenangan dan kekuatan menghadapi dugaan ini. aku sedar dan aku tahu Kau tidak akan menguji hambaMu jika dia tidak mampu. Namun kadangkala hati ini tersasar juga daripada landasannya. Kau tetapkanlah hatiku pada jalan lurus yang membawa aku ke syurgaMu. amin ya rabbal alamin...




No comments:

Post a Comment